Saturday, May 22, 2010

Update Terbaru

Salam kepada rakan-rakan,

Sepanjang melibatkan diri dalam bidang jahitan ini berbagai pengalaman yang diperolehi. Mengimbau kembali perjalanan dalam bidang ini ianya bermula dari rasa minat untuk mencuba membuat  pakaian sendiri dan merasakan satu kepuasan yang tidak terhingga apabila dapat memakainya hasil kerja tangan sendiri. Bermula dari pakaian sendiri mulalah timbul pula minat untuk melakukan perniagaan apabila rakan-rakan memberi sokongan sepenuhnya.

Hasil tempahan jahitan dari rakan-rakan saya dapat membeli mesin jahit industri untuk memperluaskan lagi perniagaan saya kerana sambutan yang datang amat menggalakkan bukan sahaja di kalangan rakan-rakan malah saya juga menerima tempahan dari butik.

Kepada rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama di dalam bidang iahitan ini teruskan usaha anda untuk menjana pendapatan melaluinya. Kunci utama KEJAYAAN adalah dari dalam diri anda sendiri.