Thursday, May 6, 2010

Cerita Bulan Mei

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W di atas limpah dan keizinannya saya dapat  bertemu dengan pengunjung-pengunjung blog ini.  Kalau dilihat gambar-gambar di bawah anda mungkin tertanya-tanya apa yang akak nak cerita kat blog ini. Sebenarnya bulan Mei ini merupakan bulan bersejarah bagi saya kerana impian saya tercapai untuk menjalankan perniagaan jahitan dari sebuah bilik kecil ke sebuah premis yang lebih selesa sedikit.  Hampir 3 tahun yang lepas menjalankan perniagaan hanya di rumah.  Berbekalkan rezeki yang dapat hasil dari menjahit dapatlah sedikit mengembangkan perniagaan ini lebih besar sedikit.  Terimakasih yang tidak terhingga kepada ahli keluarga,sanak saudara serta rakan-rakan yang banyak memberi sokongan untuk saya meneruskan perniagaan ini.  Kepada rakan-rakan yang telah mengenali Natimi Collection's teruskan membantu kami.