Sunday, May 30, 2010

Tempahan Mula Diterima

Salam kepada Rakan-Rakan,


Bertemu lagi di ruangan Coretan KakPah. KakPah berdoa agar semua rakana-rakan serta pengunjung blog ini berada di dalam keredahaan Allah S.W.T selalu.Insyallah. Alhamdulillah sebaik sahaja NC (Natimi Collection's) dibuka tanpa rasmi, ramai di kalangan rakan-rakan sekerja,rakan-rakan di Taman telah membuat tempahan baju kurung di sini.  Kepada mereka-mereka yang telah menghantar kain untuk tempahan haraf bersabar ye, insyallah KakPah akan membuat yang terbaik pakaian anda.Seperti motto kami 'Anda Selesa,Kami Gembira' rasa-rasanya sekarang ni ada yang sedang merancang untuk membuat tempahan untuk Hari Raya nanti..jadi usah bertangguh jom datang ke NC untuk membeli kain pasang dan terus buat tempahan di sini.